1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah mengucapkan tahniah dan bangga dengan keputusan mesyuarat kabinet untuk memotong gaji selama 2 bulan bagi Perdana Menteri, seluruh menteri dan timbalan menteri.
2. Ia satu keputusan luar biasa dan menunjukkan komitmen untuk membantu negara dalam keadaan sekarang.
3. Saya secara peribadi menganggap pengorbanan Perdana Menteri dan barisan kabinet ini sesuatu yang sangat menyentuh hati dan tidak mudah untuk melakukan perkara seumpama ini.
4. Saya juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan dan kerjasama terhadap apa sahaja keputusan kerajaan dalam menangani COVID-19. Hanya dengan kerjasama yang terbaik daripada semua rakyat dapat mencapai keberkesanan semua usaha ini.
5. Selain itu semua lapisan masyarakat juga diminta terus berdoa agar penyakit ini dapat terhindar sepenuhnya dari bumi Malaysia.
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah