Home Berita PAS Johor

Posmortem PAS Johor Pasca PRU 14

909
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor – Menjadi budaya dan tradisi para jentera PAS untuk tetap bekerja sama ada kalah atau menang.

Lantaran itu, PAS Johor melalui Ketua Dewan Pemuda nya , Ustaz Juwahir Amin menyifatkan pasca PRU 14 ini sebagai medan muhasabah untuk para jentera membuat ‘check and balance’ dan mengambil peluang ini untuk mempamerkan kebaikan budaya politik matang dan sejahtera.

“ Kita ambil ruang ini untuk mempamerkan budaya politik matang dan sejahtera.

“ Kita tidak berehat, tidak bermuram durja sebaliknya, terus mengorak langkah untuk mara dan memperkemas jentera agar dapat bersaing dengan lebih menarik dan sihat untuk PRU akan datang”.

Demikian ujarnya ketika menerangakn beberapa agenda parti yang bakal dilaksanakan di Johor ini.

Turut dinyatakan hasil posmortem lepas, katanya PAS melihat satu sudut sokongan anak muda, dan Melayu Islam yang masih utuh.