Oleh MUHAMMAD HADI
KANGAR, 25 Apr: Perikatan Nasional Negeri Perlis terus giat mengadakan program agihan Bakul Makanan Permai untuk para penerima dalam Parlimen Kangar.
Semalam, kerja-kerja agihan telah dibuat di DUN Indera Kayangan.
Para penerima terdiri daripada mereka yang tinggal di PDM Behor Gandin, Seberang Bakau, Padang Katong, Derma, Pekan Lama, Pekan Baru Kangar serta Pengkalan Asam.
Program berkenaan dihadiri Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail, Ketua Bersatu Bahagian Kangar, Abu Bakar Hamzah, Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Jamil Kamis serta Setiausaha Bersatu Bahagian Kangar, Azahar Hassan.
Sementara itu, pagi tadi, majlis penyerahan Bakul Makanan Permai kepada para penduduk di DUN Bintong telah diadakan bertempat di Markas PAS Padang Kota.