Home Berita PAS Perlis

Pemuda PAS Perlis selesai munaqasyah

108
SHARE

Oleh AHMAD AZAMUDDIN

KANGAR, 19 Apr: Seramai 50 orang peserta telah menyertai Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) 2022 Peringkat Negeri Perlis yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) bertempat di Dewan Seminar Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRIAF), di sini semalam.

Penganjuran munaqasyah ini bertujuan memberikan penerangan berhubung intipati ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 2022 selain menerangkan secara jelas halatuju DPPM dalam Pilihan raya umum Malaysia ke-15 dengan membawa agenda besar ‘Memacu Perpaduan’.

Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden dan Ketua Penerangan DPPM, Nazir Helmi hadir membentangkan objektif dan strategi yang akan dilaksanakan.

Menurut Ustaz Afnan Hamimi, hala tuju PAS jelas berpandukan perlembagaannya iaitu untuk menyempurnakan ketaqwaan kepada Allah dan kebaktian sesama manusia.

“Taqwa kepada Allah dan menyebarkan kebaikan tidak akan sempurna jika dilakukan secara individu dan mesti dilakukan secara jemaah.

“Sebagai contoh sepinggan nasi kandar yang kita makan pada malam ini, tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna jika hanya seorang sahaja yang terlibat apatah lagi untuk memperjuangkan sebuah gerakan Islam,” katanya.

Turut hadir sama Bendahari DPPM, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Ketua DPPNPs, Ustaz Asrul Aimran Abd. Jalil dan Ketua Penerangan PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan