Home Berita PAS Melaka

PN Masjid Tanah rai warga emas, ibu tunggal

576
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 29 Mac : Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah telah meraikan warga emas, ibu dan bapa tunggal dalam satu majlis di Masjid Lama Kampung Lendu pada tengah hari Sabtu lepas.

Sebanyak 20 kit sumbangan berbentuk makanan asas diperuntukan kepada penerima terpilih hasil sumbangan bersama Bersatu Bahagian Masjid Tanah, PAS Kawasan Masjid Tanah dan PAS Cawangan Kampung Lendu.

Selain itu majlis turut diisi dengan program Solat Hajat, bacaan surah Yaasin, solat Zohor dan edaran bubur manis.

Program anjuran PN Masjid Tanah ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti memasak makanan termasuk bubur manis bagi jamuan program ini.

Turut hadir di dalam program ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Naib Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Rozamri Kambol, Ketua Dewan Pemuda PAS Masjid Tanah, Ustaz Abu Naufal Samsudin, Ketua Armada Bersatu Masjid Tanah yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PN Melaka, Abdul Iman Jamaluddin, Ketua PAS Cawangan Lendu, Nasri Jaafar dan beberapa orang lagi pimpinan PN tempatan.