Home Berita PAS Johor

PN isytihar calon N.13 Simpang Jeram 23 Ogos

93
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

BAKRI, 21 Ogos – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang bakal bertanding di N.13 Simpang Jeram dalam pilihan raya kecil (PRK) Simpang Jeram pada 23 Ogos ini.

Pengumuman itu dijangka dilakukan sendiri oleh Pengarah Pilihnaraya PAS Pusat, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor di Markaz PAS Kawasan Bakri, di sini.

Turut dijangka hadir pada majlis tersebut adalah Naib Presiden PAS, YAB, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor, YB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin serta Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Yang di-pertua Kawasan-kawasan Negeri Johor.

PAN telah meletakkan Nazri Abdul Rahman sebagai calon di N13 Simpang Jeram dan perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu melalui satu kenyataan media pada Sabtu.

Selain PRK Simpang Jeram, turut berlangsung serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan mengalami kekosongan luar jangka susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai yang lalu.