Home Berita PAS Pahang

PN Indera Mahkota hulur bantuan mangsa ribut Semambu

176
SHARE

Oleh: KHASDI KOSMIN

INDERA MAHKOTA, 19 Feb :: Ribut yang datang secara tiba-tiba telah mengakibatkan empat buah rumah mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian struktur bumbung dan siling di Taman Impian, Jalan Sungai Lembing dekat sini baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota Ustaz Zulfadli Zakariah bersama Ketua Armada Bersatu Bahagian Indera Mahkota Khairul Amilin telah menyalurkan bantuan makanan dalam bentuk hamper dan wang tunai bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa tersebut.

Natijah daripada peristiwa ini, pihak Perikatan Nasional Indera Mahkota yang terdiri daripada PAS dan Bersatu juga mengambil langkah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Kami ingin menyeru kepada orang ramai¬† agar mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya berikutan cuaca dan angin kencang yang tidak menentu kebelakangan ini.

“Musibah ini adalah ujian dari Allah SWT untuk menguji hamba-Nya yang beriman dan bertakwa supaya sentiasa memikir kebesaran-Nya,” kata Ustaz Zulfadli.

Mangsa kejadian Sitiyah Paidin 57, menceritakan suasana sebelum kejadian adalah tenang tiada tanda-tanda ribut akan berlaku.

Namun angin yang kuat tiba-tiba berlaku dan dalam sekelip mata sahaja meruntuhkan struktur siling dan hampir mencederakan ahli keluarganya.

Mangsa yang lain Noraina Anang merasa bersyukur kerana tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku walaupun dalam keadaan yang cemas.

Mangsa-mangsa tersebut berterima kasih atas keprihatinan PAS dan BERSATU atas nama Perikatan Nasoinal Indera Mahkota yang datang menziarahi mereka.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Taman Impian, Kampong Padang serta Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS kedua-dua cawangan juga Ahli Jawatankuasa Armada Bersatu.