Home Berita PAS Negeri Sembilan

Lawatan lokasi Ijtimak Pendakwah PAS di Port Dickson

223
SHARE

Oleh TOK MOK

PORT DICKSON, 20 Feb : Ahli Jawatankuasa (AJK) lajnah dakwah PAS pusat Badzli Bakar turun padang melawat lokasi Ijtimak Pendakwah PAS yang akan diadakan tidak lama lagi, semalam.

PAS Kawasan Port Dickson (PD) telah dipilih menjadi tuan rumah Ijtimak Pendakwah PAS yang akan berlangsung pada tanggal 26 Februari nanti di Herliconia Function Hall, Batu 3, Jalan Pantai, Bagan Pinang, PD.

Badzli Bakar yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan PD memberitahu bahawa ijtimak tersebut bakal mengumpulkan sekitar 300 pendakwah PAS seluruh Malaysia.

Ijtimak yang diadakan buat julung kali itu akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ SriTuan Ibrahim Tuan Man manakala acara penutup akan disempurnakan oleh Presidennya, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Hadir sama, Yang DiPertua PAS Kawasan PD, Ustaz Abdul Fatah Zakaria dan beberapa orang AJK PAS Kawasan.