Home Berita PAS Wilayah

PN Gabungan Majmuk Merentasi Agama, Kaum dan Bangsa

167
SHARE

Oleh Maizatul Asida

Batu, 11 November: Satu Majlis Ramah Mesra telah berlansung di Restoran Bidayah, KL Traders Square, pagi semalam.

Program ini telah menerima kunjungan hormat Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang serta kesemua empat orang wakil PAS yang bakal bertanding sebagai Calon Perikatan Nasional (PN) di Wilayah Persekutuan dalam Pilihanraya Umum ke-15 ini.

Empat Calon Perikatan Nasional tersebut ialah Ustaz Azhar Yahya, LAr Fauzi Abu Bakar, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Dr Rosni Adam yang bakal bertanding di Parlimen Batu, Lembah Pantai, Wangsa Maju dan Titiwangsa.

Ustaz Azhar Yahya merangkap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan turut menyatakan dalam ucapannya tentang janji Perikatan Nasional kepada rakyat yang merupakan satu amanah.

“Janji kepada rakyat akan disoal oleh Allah nanti. Maka dengan itu, kita akan buat sehabis baik. Tiada lagi isu lompat parti dan sebagainya. PN juga merupakan satu gabungan yang terdiri dari asas yang majmuk. Gabungan PN merentasi agama, kaum dan bangsa” ujar beliau.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya juga turut menyeru agar semua rakyat Malaysia yang telah layak mengundi untuk turun mengundi pada 19 November nanti.

“Memilih pemimpin ini merupakan tanggungjawab semua. Pemimpin yang terbaik harus dipilih bagi membentuk kerajaan yang bakal mengurus dan mentadbir kehidupan kita. Harus diingat, tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah. Setiap kerajaan pasti ada kelemahannya”, jelas beliau.

Perikatan Nasional yang sebelum ini telah membentangkan manifesto mereka yakin bahawa ianya merupakan manifesto yang praktikal dan sesuai dengan kehendak rakyat masa kini.