Home Berita PAS Perak

Pagi, petang dan malam bertemu pengundi

176
SHARE

Oleh Syamil, Ummu, Ahnaf dan Wahida.

LENGGONG: Kempen selepas tempoh penamaan calon menjadi lebih rancak, apabila ketiga-tiga calon memenuhi jadual yang telah diatur untuk bertemu pengundi.

Ketiga-tiga mereka, Ustaz Muhammad Rif’aat Razman, calon P.055 Lenggong, Ustaz Mohamad Husairi Ariffin, calon N.03 Kenering dan Mohd Jamil Yahya, calon N.04 Kota Tampan bersama setiap kumpulan kempen, bertekad untuk bertemu seramai mungkin pengundi.

Justeru, setiap pagi dan petang, malah setiap malam ketiga-tiga calon bersama rombongan turun padang, santuni pengundi-pengundi sama ada di dalam rumah, di luar rumah atau di tepi jalan. 

Ketiga-tiga calon masuk keluar kampung demi kampung mengikut jadual, bertemu penduduk warga emas, pesakit, orang kurang upaya (OKU), orang muda, lelaki dan wanita, memberi penerangan jelas mengenai Perikatan Nasional (PN) yang cuba dikelirukan oleh pihak lawan.

Kebanyakan penduduk yang dikunjungi, memberikan respon yang baik setelah diberi penerangan Dan berjanji untuk keluar Mengundi PN pada Hari Mengundi nanti.