Home Berita PAS Wilayah

Bukit Aman Positif Kemenangan PN

194
SHARE

BUKIT AMAN, 11 November: Calon Perikatan Nasional P121 Lembah Pantai, LAr Fauzi Abu Bakar berkesempatan mengunjungi Bukit Aman dalam siri jelajah kempen beliau hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk beramah mesra di samping berkongsi aspirasi bersama pengundi badan beruniform terutamanya pihak polis yang akan melakukan pengundian awal pada 15 November nanti.

Rata-rata anggota polis menyambut baik dan meluahkan banyak maklum balas positif terhadap Perikatan Nasional.

“Alhamdulillah syukur pada Allah apabila mendengar respon positif daripada wargz Bukit Aman terhadap Perikatan Nasional.

“Respon sebegini menjadi penguat semangat kepada kami untuk terus bekerja demi memenangkan Perikatan Nasional di peringkat nasional dan khususnya di Lembah Pantai ini,” ujarnya.

LAr Fauzi juga sempat menunaikan solat jumaat bersama-sama warga polis di Masjid Bukit Aman petang tadi.