BATU, 17 April – Perikatan Nasional Batu menyempurnakan pelantikan ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan bagi Zon Parlimen Batu dan enam Sub Zon di bawah parlimen tersebut, baru-baru ini.
Batu menjadi parlimen pertama yang melengkapkan organisasi MPP di Wilayah Persekutuan sejak berlakunya perubahan kepimpinan di peringkat kerajaan persekutuan pada 7 Mac 2020 yang lalu.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Shamsuddin Yaacob telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Ketua MPP bagi Zon Parlimen Batu dan merangkap Pengerusi Sub Zon 1 (Bandar Baru Sentul).
Manakala Haji Abu Bakar Abd Rahman dan Hishamuddin Ghazali yang juga dari PAS Batu, masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Sub Zon 2 (Sentul Tengah) dan Pengerusi Sub Zon 3 (Pekan Batu).
PAS Batu sentiasa komited untuk berkhidmat demi masyarakat serta menjaga kebajikan mereka lebih-lebih lagi dalam situasi sukar yang sedang dihadapi sekarang ekoran dari pandemik Covid-19.
Semoga dengan perlantikan yang baru ini, segala urusan pentadbiran di Zon Parlimen Batu khususnya dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan memberi kelebihan kepada rakyat.