Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (17 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1234
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Laman FB rasmi Pejabat Kesihatan Melaka pada jam 9.46 malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 17 April 2020.

Pihak Jabatan Kesihatan Melaka juga memaklumkan terdapat perubahan pada infografik hari ini yang mana ia memaparkan kes aktif mengikut mukim.

KES AKTIF membawa maksud kes yg masih infektif dan dirawat di hospital dan ini tidak termasuk dengan kes sembuh dan juga kes kematian.

(Penjelasan : Sebagai contoh jika anda melihat Kes Positif Keseluruhan Negeri Melaka kita akan melihat tertulis angka 148/93 orang. 148 bermaksud jumlah kes positif yang direkodkan dari awal sehingga sekarang. Angka 93 bermaksud jumlah semasa yang masih dirawat dan belum sembuh. Ini bermakna 55 lagi adalah samada sudah sembuh atau meninggal dunia.)

Alor Gajah masih di dalam ‘kategori jingga’ sementara Jasin dan Melaka Tengah berada dalam ‘kategori merah’.

Secara keseluruhan kes terbaru di Malaysia untuk 17 April juga berkurang kepada 69 berbanding 110 (16 April), 85 (15 April) 170 (14 April) dan 134 (13 April). Alhamdulillah.

Berikut ialah butir laporan tersebut:


Kes Positif Keseluruhan : 148/93 orang
• Melaka Tengah : 51/32 orang
• Alor Gajah : 29/15 orang
• Jasin : 68/46 orang

Kes baru : 1 orang
Kes sembuh : 51 orang
Sedang dirawat : 93 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Alai : 3/0
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/2
Bandar Melaka : 1/1
Batu Berendam : 4/3
Bertam : 1/1
Bukit Baru : 1/1
Bukit Katil : 9/8
Cheng : 1/1
Klebang Besar : 1/0
Padang Temu : 11/9
Paya Rumput : 2/2
Pernu : 1/0
Sungai Udang : 1/0
Tanjung Minyak : 2/0
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 3/2

Jumlah Mukim = 30
Mukim terjejas= 17
Mukim tidak terjejas = 13

ALOR GAJAH (Kategori Jingga)
Durian Tunggal : 5/2
Klemak : 6/4
Lendu : 8/3
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Baru Tengah : 1/0
Sungai Baru Ulu : 1/1
Luar Kawasan : 6/3

Jumlah Mukim = 32
Mukim terjejas= 7
Mukim tidak terjejas = 25

JASIN (Kategori Merah)
Ayer Panas : 1/0
Bandar Jasin : 4/2
Chin Chin : 2/1
Chohong : 7/4
Jasin : 38/36
Kesang : 2/0
Merlimau : 2/1
Sebatu : 4/1
Serkam : 6/1
Umbai : 2/0

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas= 10
Mukim tidak terjejas= 11


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah keseluruhan : 5251
Kes Baharu : 69
Yang Masih Dirawat : 2198
Kes Sembuh : 2967
Kematian Baharu : 2
Jumlah kematian : 86