MERBOK – Seramai 75 penerima memerlukan, diraikan dalam Majlis Semarak Kasih Ramadan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai, Jumaat lalu.
Bantuan Beras Sejahtera dan keperluan dapur itu disampaikan oleh ADUN Tanjung Dawai, YB Hanif Ghazali.
Dalam majlis yang sama, ADUN Tanjung Dawai itu turut mengambil peluang berkongsi mengenai perkembangan terkini Kerajaan Negeri dan bantuan yang disediakan kepada golongan B40.
Hadir sama, Pegawai YAB Menteri Besar, Ustaz Haji Azizan Hamzah.