Home Berita PAS Kedah

PKWR sedia bantu Zakawi melanjutkan pelajaran

92
SHARE

ALOR SETAR, 15 JAN – Pihak PKWR DUN Tokai sedia menghulurkan tangan untuk membantu Zakawi Nordin melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi.

“Kami sedia membantu adik Zakawi sekiranya beliau berminat menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian.” kata YB Dato’ Dr Hayati ketika menziarahi keluarga Zakawi.

Zakawi, 17 tahun menjadi yatim piatu setelah kematian ibu dan ayah mereka akibat sakit kronik ini apapun masih belum memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi.

Zakawi merupakan anak ke-2 daripada tiga beradik. Kakak sulungnya Nurul Zayaniey, kini masih belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu, manakala adik bongsunya pula Nur Anis Elisa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim dalam tingkatan 1.

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan tanpa ibu dan ayah di sisi, tambahan pula masing-masing masih ada komitmen sebagai seorang pelajar.

Oleh hal demikian, hal ini telah mendapat perhatian daripada PKWR DUN Tokai. Pihak PWRR DUN Tokai mengambil inisiatif dengan berhubung terus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pendang untuk membantu semampu yang boleh.

YB Dato’ Dr Hayati juga mendoakan urusan keluarga mereka agar dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga Insya-Allah.” katanya