Home Berita PAS Kedah

PKWR DUN Tanjung Dawai anjur kelas asas Adobe Photohop percuma

109
SHARE

Oleh ANA NAJWA

MERBOK, 11 Jan – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai telah berjaya menganjurkan Kelas Asas Adobe Photoshop secara percuma kepada penduduk setempat, Sabtu lalu.

Kelas berskala kecil ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Tarbiyah Islamiyah Merbok (PUTIM), Merbok dan dihadiri pelbagai latar belakang anak muda.

Sesi bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

PKWR DUN Tanjung Dawai memaklumkan, mereka komited dalam merancang program ini pada masa hadapan supaya akan datang ianya dapat dianjurkan lagi dengan skala yang lebih besar, melibatkan peserta yang lebih ramai.

Semoga para peserta yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh.