Home Berita PAS Kedah

PKWR DUN Kupang Istiqamah edar juadah berbuka percuma setiap hari sepanjang Ramadan

52
SHARE

Disediakan oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,12 APRIL – Juadah berbuka puasa diedarkan secara percuma setiap hari sepanjang Ramadan ini oleh PKWR DUN Kupang dengan menu yang berbeza.

Brigedier Jeneral(B) Dato’ Haji Najmi, ADUN Kupang berkata, edaran dilakukan di simpang lampu isyarat Taman Mesra berhampiran PKWR DUN Kupang mulai jam 5 petang hingga selesai.

“Kita memilih tukang masak dari Kampung Pisang iaitu Paklong Jan untuk menyediakan semua hidangan istimewa itu.

“Pada mesyuarat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) telah memutuskan lima jenis makanan akan dimasak iaitu nasi daging, nasi tomato, nasi beriani, bubur lambuk dan bubur cha cha.” Ujarnya.

Selain lima makanan yang ditetapkan di atas,  bubur gandum, bubur pulut hitam dan  gulai pisang ikan bilis turut pernah diedarkan sepanjang edaran ini berlangsung.

Juadah berbuka puasa tersebut mula diedarkan sejak 26 Mac lagi dan akan berakhir pada 19 April ini.

Program seperti ini harus dipuji kerana program sebegini dapat menarik minat pihak lain untuk memberi sumbangan selain menaja hidangan yang akan disediakan untuk orang berbuka puasa. Besar pahala memberi makan kepada orang yang berbuka kerana Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”