Home Berita PAS Pulau Pinang

PKPD: PAS Pulau Pinang sumbang 100 bakul makanan

20
SHARE

PAS Pulau Pinang menyumbang 100 bakul makanan kepada mereka yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bayan Lepas.

Sumbangan telah diserahkan oleh Pesuruhjaya (PJ) PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff kepada ketua cawangan PAS Cawangan Padang Assam, saudara Shamsul Shamsudin.

Turut hadir ialah timbalan PJ 2; saudara Norazman Ishak, ADUN Penaga; YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, dan naib Ketua Pemuda; Mohd Farhan Yusri.

Menurut Ustaz Fauzi, mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Pulau Pinang bersetuju dana yang dikutip daripada Tabung Bencana Covid Negeri untuk disumbang 100 bakul makanan kepada mereka yang berada di kawasan PKPD.

Beliau juga menyaran kepada mereka yang mampu untuk turut menyalurkan sumbangan kepada lebih 2,300 keluarga dan dianggar lebih 10,000 orang yang berada dalam kawasan PKPD.

YB Ustaz Yusni yang melawat Pusat Khidmat Operasi Bencana (PKOB) menyatakan kesediaan ahli Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang untuk membantu sekiranya diperlukan di PKOB.

”Kita melihat kesusahan mereka yang bertugas di sini dengan penuh dedikasi bersut PPE ketika panas, jadi kita menawarkan khidmat Jabatan Amal sekiranya diperlukan di PKOB.”