Home Berita PAS Johor

PKPD : Khidmat Malaysia Kulai serah sumbangan bantuan

248
SHARE

Oleh : ABU HADIF

KULAI, 7 Ogos : Khidmat Malaysia (KM) Kulai dan Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Kulai pagi ini telah menyerahkan sumbangan bantuan kepada kawasan penduduk yang sedang menjalani PKPD, di sini.

Penyelaras KM Kulai, Mat Yassim Mahmood menyatakan dua buah kawasan penduduk iaitu Kampung Pertanian dan Kampung Separa, Kulai telah diisytiharkan sebagai kawasan PKPD sejak 29 Julai yang lalu, mengakibatkan seramai 301 buah keluarga terhad mendapat bekalan daripada luar.

Menurutnya, pagi ini sebanyak 301 bungkus ayam segar dan 700 buku roti telah diserahkan kepada wakil pusat agihan, manakala pada hari semalam juga sebanyak 301 set sumbangan berupa bahan keperluan harian telah pun diserahkan untuk diagihkan kepada penduduk.

Tambah beliau, sumbangan telah diserahkan oleh YDP PAS Kawasan Kulai, Abd Aziz Jaafar dan disambut oleh Penghulu Mukim Senai, Mohd Redza Abdul Rahman serta Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulai, Zulhelme Razali.

Beliau juga memaklumkan antara yang turut hadir menjayakan program ialah Pengarah Tabung Bencana COVID-19 Kulai, Mohd Fadil Abdullah, ahli Dewan Pemuda dan Muslimat kawasan Kulai, anggota JAM Kulai, wakil pengurusan Surau Ibnu Sina Jalan Merak, wakil Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kulai Prihatin serta NGO PKAP Kulai.

Sementara itu, YDP PAS Kulai, Abdul Aziz Jaafar turut bersyukur kerana program sumbangan bantuan ini dapat dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya para penyumbang, pihak pengurusan Surau Ibnu Sina dan NGO-NGO yang sudi berkongsi rezeki sebagai tanda kebersamaan untuk membantu masyarakat yang terjejas.

“Semoga Allah mempermudahkan lagi usaha kebajikan kita, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini” kata beliau.

Abd Aziz (kopiah putih, tengah) dan Mat Yassim (kanan) bersama pasukan keselamatan di pusat agihan