Home Berita PAS Selangor

PKP 3.0 : putuskan rangkaian COVID, respon wargakerja Selangor – Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Penggunaan BPPNS

142
SHARE

May be an image of 2 people and text

Paparan Lajnah PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

PKP 3.0 : PUTUSKAN RANGKAIAN COVID – RESPON WARGAKERJA SELANGOR

Oleh : TUAN HJ ABDUL HALIM OMAR
Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Penggunaan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Pelaksanaan PKP 3.0 yang diperketatkan akan mula dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara bermula pada 25 Mei 2021. Perincian pengumuman pelaksanaan PKP 3.0 telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Ser Ismail Sabri pada hari Sabtu 22 Mei 2021.

Salah satu implikasi besar dari pelaksanaan PKP 3.0 adalah berkaitan warga pekerja dan juga mereka yang bekerja sendiri. Secara umumnya golongan pekerja yang mendapat imbuhan tetap bulanan tidaklah terkesan dengan pelaksanaan ini malah mereka nampak menarik nafas lega memandangkan hanya 20% Penjawat Awam dan 60% pekerja swasta yang perlu ke pejabat. Ini secara langsung anggaran hampir 8 juta pekerja diseluruh negara. Kesan daripada pelaksanaan “work from home” akan membantu mengurangkan risiko pekerja dari terdedah kepada wabak Covid-19 ini. Boleh dikatakan kumpulan warga kerja ini amat gembira pelaksanaan baru PKP ini.

Bagi kumpulan mereka yang bekerja sendiri pula, pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan telah mencabut kerisauan mereka kerana telah banyak diperbualkan bahawa PKP 3.0 ini semacam sama pelaksanaannya dengan PKO 1.0 di mana semua sektor industri ditutup sepenuhnya. Ini mengakibatkan penjaja, peniaga kecil dan mereka yang bekerja sendiri tidak dapat menjana pendapatan yang secara langsung telah menjejaskan sumber ekonomi mereka.

Dengan keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, secara umumnya golongan pekerja boleh menarik nafas lega kerana langkah berimbang yang diambil oleh Kerajaan antara faktor ekonomi dan kemanusiaan merupakan satu tindakan yang tepat demi menjamin kesejahteraan rakyat berada dalam keadaan baik dan selamat baik dari segi emosi, jasamani dan intelektual.

Sehubungan dengan itu Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Selangor menyarankan kepada semua golongan pekerja sektor awam dan swasta di Negeri Selangor khususnya agar sama-sama dapat memastikan tanggungjawab bersama memutuskan rangkaian COVID-19 serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan digunakan sepenuhnya untuk membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19 ditempat kerja. Dalam masa yang sama pengekalan prestasi kerja paling tidak mesti dikekalkan dan bukannya dijadikan alasan produktiviti menjadi rendah.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, pendekatan pemasaran yang lebih kreatif perlu diperkenalkan bagi memastikan sumber pendapatan yang minima dapat diraih untuk memenuhi tuntutan perbelajaan seharian untuk menyara keluarga tercinta.

Ibarat seorang penoreh terpaksa turun ke ladang di tepi hutan yang dihuni oleh binatang buas dan berbisa. Mahu tidak mahu penoreh wajib turun untuk bekerja untuk memastikan mereka mempunyai pendapatan tetapi dalam masa yang sama mereka perlu bersedia atas apa jua kemungkinan yang bakal menimpa dengan menyiapkan kelengkapan pertahanan diri dan lain-lain keperluan.

11 Syawal 1442H | 24 Mei 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor