Home Berita PAS Selangor

Mendiang Ketua DHPP Petaling Jaya komited dengan PAS – Ketua Penerangan DHPP Selangor

284
SHARE

 

May be an image of 1 person and text

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Petaling Jaya | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor kehilangan seorang ahli dan pimpinan kawasan yang komited dengan gerak kerja PAS. Beliau adalah mendiang En Anandan A/L Damodaran yang merupakan Ketua DHPP Petaling Jaya.

Saudara Harii Khana selaku Ketua Penerangan DHPP Selangor ketika dihubungi memaklumkan perkhabaran sedih itu. Khabar kematian En Anandan sebagai satu berita yang mendukacitakan seluruh ahli DHPP.

Menurut Saudara Harii, En Anandan juga merupakan mantan SU DHPP Selangor dan mantan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor. Beliau mati sebagai seorang ahli DHPP dan masih menjawat jawatan dalam parti PAS.

“Salam Takziah buat ahli keluarga beliau, sahabat seperjuangan dan seluruh ahli-ahli DHPP Negeri Selangor”, ujar beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor