Home Berita PAS Sabah

Misi jejak ibu tunggal dan ibu tinggal pkp 3.0

32
SHARE


Oleh : Fadilah Nordin
06 Julai 2021

SEPANGGAR. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah konsisten melaksanakan misi menjejaki ibu tunggal dan ibu tinggal yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Misi ini dilaksanakan selama 2 minggu berturut-turut meliputi 7 kawasan di Sabah iaitu Papar, Sepanggar, Kota Belud, Kudat, Libaran, Kalabakan dan diakhiri di kawasan Silam pada hujung minggu lepas.

Dalam misi ini Muslimat PAS telah menyantuni 10 orang ibu tinggal dan ibu tunggal dengan sedikit sumbangan barang dapur serta wang ringgit hasil sumbangan orang ramai.

Sumbangan telah diberikan kepada para penerima bagi menampung keperluan ibu dan anak sekaligus menitipkan kata semangat kepada keluarga agar tetap bersyukur dan tabah menghadapi ujian kehidupan sepanjang PKP ini.

Misi ini telah ketuai oleh Nur Izzati Yusof, Ketua LKK DMPNS dan beberapa ahli jawatan kuasa LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan yang terlibat di kawasan masing-masing.