Home Berita PAS Selangor

PJ Selangor sampaikan bakul makanan kepada penggali kubur – Pesuruhjaya PAS Selangor

14
SHARE

May be an image of standing and outdoors

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Langat | Dalam suasana Covid-19 dan PKPD di seluruh Selangor, sudah pasti semua lapisan masyarakat terkesan. Bezanya samada sedikit ataupun banyak, dibandar pasti beza dengan keadaan di desa. Pekerja sektor awam beza dengan swasta apatah lagi dengan pekerjaan di kampung.

Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi saban hari turun menyantuni masyarakat pelbagai latar belakang untuk sampaikan bantuan dan bakul makanan. Kali ini tidak ketinggalan sumbangan diberikan kepada petugas penggali kubur di Masjid Al Amin Bt 9 Kebun Baharu.

Sumbangan yang diagihkan berupa keperluan dapur dan barang makanan yang sesuai dimusim ini. Semoga ianya dapat meringgankan beban perbelajaan dalam masa PKPD yang dikuatkuasakan di Selangor ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor