Home Berita PAS Selangor

Kongsi data internet ganggu kelancaran PdPR – Ketua Penerangan DHPP Negeri Selangor

8
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "F2 FOKUS X-fikrah 2663 pg 2-3 saidah PDF Pengajaran dan Pembelajarandi Rumah (PdPR) sejauhmana keberkesananya... Pelajar hilang dari google meet Kongsi data internet ganggu kelancaran PdPR PHPR atatelefon"

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Artikel | Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memudah murid untuk belajar secara online jika mereka cukup alatannya terutama peranti dan talian telefon bimbit yang bagus.

Menurut Ketua Penerangan DHPP Negeri Selangor, Sdr.HariiJhanarThanan a/l Anthoni, ini kerana banyak talian telefon bimbit dan peranti yang bermasalah dan mengganggu proses kelancaran PdPR.

Kata beliau, kebanyakannya talian perlahan dan peranti yang tidak ‘ up to date’ sama ada daripada aspek software ataupun peranti itu sendiri.

Menurut beliau, kebanyakan murid hanya mengguna peranti keluarga dan ‘hotspot’ data telefon bimbit. cara itu menyukarkan bagi mereka untuk mengikuti pembelajaran terutama dari sudut kelancaran terutama google meet dan download kerja atau aktiviti yang dibekalkan.

Tambah beliau, tidak semua keluarga mempunyai kemudahan komputer seperti printer manakala pihak sekolah pula tidak diberi kebenaran untuk cetak dan mengedar modul.

Sehubungan itu beliau melihat, disebabkan masalah kemudahan internet yang terhad, murid-murid sudah hilang minat untuk meneruskan PdPR.

“Guru-guru amat kritikal untuk menghabiskan kurikulum dan penilaian untuk pelajar mereka. Jika pelajar tidak ikuti sepenuhnya PdPR”, katanya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor