Home Berita PAS Selangor

Wanita DHPP Kota Raja terus gerakkan aktiviti kebajikan – Ketua Wanita DHPP Kota Raja

17
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kota Raja | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja bergerak terus menjalankan aktiviti kebajikan. Maklumat yang diterima mengenai masyarakat yang berdepan dengan kekangan dan masalah keperluan makanan, terus diusahakan disantuni oleh DHP Kota Raja.

Ketua Wanita DHPP Kota Raja Puan Chandra yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita DHPP Selangor mengetuai penyampaian sumbangan tersebut. Pematuhan SOP menjadi keutamaan gerak kerja kebajikan.

Menurut beliau, “tak perlu gantung bendera putih. Masyarakat di sini menghubungi wakil kami iaitu AJK DHPP Kota Raja dan kami terus salurkan bantuan. Sumbangan disampaikan di Pangsapuri Sri Era, Desa Latania pada hari ini”.

Beberapa keluarga di sini terputus bekalan makanan. Akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan hilang pekerjaan sebagai sumber pendapatan pada keluarga tersebut.

Terima Kasih kepada NGO i-SUARAMAL yang menyumbang dan Cikgu Rajan Manikesavan Ketua DHPP Kota Raja serta turut hadir bersama Tn Hj Rahim selaku Ketua Cawagan PAS Desa Latania.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor