Home Berita PAS Selangor

PAS Selayang raikan Persatuan Pemandu Kereta Sewa yang terjejas – PAS Kawasan Selayang

10
SHARE

May be an image of 5 people and people standing

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Dalam situasi pandemik Covid-19 yang semakin mengganas ini selari dengan PKP atau total lockdown yang dikuatkuasa kerajaan dalam usaha meneutralkan kembali kes yang sangat tinggi. Bukan sahaja ekonomi negara yang merudum, namun agensi-agensi seperti Persatuan Pemandu-Pemandu Kereta Sewa dan sebagainya turut terjejas dengan sangat teruk.

PAS Selayang telah menyantuni dan meraikan ahli-ahli Persatuan Pemandu-Pemandu Kereta Sewa Rawang yang terjejas teruk akibat pendemik Covid-19. Menurut laporan, ahli persatuan tersebut menceritakan kepada mereka bahawa, “nak dapatkan RM50 sehari pun susah, tiada langsung pendapatan harian sudah menjadi perkara biasa”.

“Ahli persatuan pun dah berkurang, dari 30 orang ahli kini berkurang ke 15 orang ahli setelah nasib perkhidmatan kereta sewa teruk terjejas”, sambung mereka lagi. Semoga tindakan PAS Selayang telah meraikan ahli-ahli persatuan tersebut dapat mengembalikan semula kekuatan dan semangat mereka dalam mengharungi masa sukar negara kita iaitu wabak Covid-19, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor