Home Kenyataan Media PAS Perlis

PJ Perlis Sedar, Minta Tunakan Solat

691 views
SHARE

Kenyataan Media PAS Perlis
PJ Perlis Sedar, Minta Tunaikan Solat 

Kemaskini jam 5.25 petang

1. Pihak hospital memaklumkan bahawa keadaan Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, YB Mohd. Shukri Ramli semakin positif.

2. Beliau dilaporkan semakin sedar dan mula memberi reaksi terhadap ahli keluarganya dengan menggunakan pergerakan badan serta turut meminta untuk menunaikan solat.

3. Tekanan darah beliau masih rendah tetapi stabil manakala imbasan pada jantung pula menunjukkan penambahbaikan fungsi jantung beliau dan pemberian ubat bagi membantu jantung mengepam darah sudah dihentikan.

4. PAS Perlis akan terus mengemaskini keadaan kesihatan Mohd. Shukri dan menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau.

DR. SAIFIZI SAIDON
Ketua Penerangan PAS Perlis
7 Oktober 2019 | 8 Safar 1441H