Home Artikel PAS Sabah

PAS Libaran turun ziarah kebajikan

60 views
SHARE

Oleh : Ridwan Asmi
7 Oktober 2019

SANDAKAN : Lajnah Kebajikan PAS Libaran berkesempatan turun menziarahi beberapa keluarga asnaf di Kampung Gum – Gum, Batu 16, di sini semalam.

Rombongan PAS Libaran yang diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua, Zulkifli Mohammad telah mengunjungi beberapa buah rumah untuk memberikan sumbangan.

Dalam siri ziarah kali ini juga, PAS Libaran telah menziarahi sebuah keluarga yang ahli keluarganya (bapa) mengalami lumpuh sejak setahun lepas.

Keluarga tersebut hanya berharap dengan bantuan daripada kerajaan untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perubatan.

Isteri kepada pesakit yang lumpuh itu, Suriati Ismail terpaksa berhenti kerja demi menjaga suaminya yang hanya terlantar di katil sahaja.

“Saya bersama dengan anak hanya membawa beliau (suami) ke klinik kerajaan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan kerana jarak hospital yang agak jauh dari rumah kami.” Jelas Suriati.

Zulkifli yang menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan harian kepada keluarga tersebut amat terkesan dengan keadaan mereka dan berharap bantuan yang sewajarnya dapat diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Turut hadir dalam siri ziarah kali ini adalah Herryanto Ladat, Setiausaha PAS Libaran serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Libaran.

Bagi mereka yang mahu menyumbang untuk misi – misi kebajikan PAS Libaran bolehlah meyalurkan sumbangan ke Maybank Bendahari PAS Libaran yang bernombor 163019638230 atas nama Mohd Faiz Ismail.