Home Berita PAS Melaka

PJ PAS Melaka ziarah keluarga angkat Almarhum adik Zubaidi Amir

583
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 1 Feb : Pesuruhjaya (PJ) PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek telah menziarahi keluarga angkat Almarhum adik Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek di Hospital Melaka petang semalam.

Menurut beliau, dalam pertemuan itu yang berlangsung hampir 30 minit dengan keluarga angkat Almarhum Adik Zubaidi Amir yang meninggal dunia pada 29 Januari lepas, mereka turut berkongsi suka duka mereka bersama Almarhum dalam usia seawal dua bulan lagi.

“Suasana pilu dan sebak kunjungan saya ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, selepas mengadakan program ziarah kasih Muafakat Nasional(MN) Parlimen Hang Tuah Jaya, petang tadi.

“Saya mendengar rapat luahan ibu angkat ini yang menjaga Almarhum dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.

“Saya juga menyampaikan ucapan takziah daripada PAS Melaka. Insya-Allah, kita sama-sama mendoakan agar urusan keluarga dan jenazah dipermudahkan oleh Allah SWT,” ujar beliau lagi.

Ustaz Kamarudin yang juga merupakan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka berkata demikian di dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau malam tadi.

Kredit foto : FB rasmi Datuk Ustaz Kamarudin Sidek


 

Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842