Home Artikel PAS Johor

Catatan Khas : Kenali Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

18,586 views
SHARE

Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Ustaz Abdullah Bin Husain atas lantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Johor pada sesi kali ini.

Beliau telah dilahirkan pada 13 November 1961 di Muar, Johor. Dikurniakan peneman hidup yang setia iaitu Ustazah Habibah Bte Hj Hussin. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan pula 5 orang cahaya mata.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di SK Telok Rimba, Sungai Mati, Tangkak. Kemudian, ke SMK Tengku Mahmud Iskandar, Serom, Tangkak dalam aliran Sains. Seterusnya, melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor, Johor Bahru.

Manakala, di peringkat pengajian tinggi, beliau meneruskan pendakian ilmu ke Universiti Islam Nadwatul Ulama Lucknow Uttar Paradesh, India dan Universiti Al Azhar, Mesir ( B.Sc (Hons) Hadith dan Syariah Islamiah)

Beliau pernah bertugas sebagai guru di Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam Johor (1986-1993). Kemudian menjawat jawatan sebagai mudir di sana (1994-2013). Kini diamanahkan sebagai wakil rakyat ADUN Puteri Wangsa (2013-kini). Dan turut dilantik sebagai AJK peraturan tetap Dewan Undangan Kerajaan Negeri Johor.

Sementara itu, beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik. Diantatanya, 5 kali bertanding di dalam pilihanraya. Bermulanya sebagai calon PAS Tanjung Puteri (1986), Dun Serom Tangkak(1999), Dun Machap Simpang Renggam (2004 dan 2008) , Dun PuteriWangsa Tebrau (2013).

Malah, beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Johor dari tahun 1997 hingga April 2017. Beliau juga ialah mantan YDP PAS Kawasan Johor Bahru.{jathumbnail off}