Home Berita PAS Kedah

PJ dan penyelaras Dun lawat pusat operasi bencana

83
SHARE

ALOR SETAR : Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya  hari ini melakukan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar bagi meninjau pelaksanaan operasi serta beramah mesra dengan petugas di sana.

Turut mengiringi ialah penyelaras Dun di daerah tersebut, Dr Ustaz Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (Pengkalan Kundor), Rashidi Abdul Razak(Anak Bukit),   Zakaria Sulaiman (Alor Mengkudu) serta Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar, Azizi Abdullah yang turut memberi sumbangan makanan tengahari kepada petugas di pusat tersebut.

Rombongan seterusnya diberi taklimat mengenai perjalanan operasi oleh Masmira Mirar Mansor , kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengetuai 25 orang petugas terdiri dari pelbagai agensi, dibuka bermula  jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Pusat operasi ini membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan di 28 mukim dalam daerah Kota Setar

Terdahulu kerajaan negeri Kedah mengumumkan pembukaan Sebanyak 12 Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah untuk dijadikan sebagai pusat agihan sumbangan serta bantuan kepada penduduk yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kerajaan negeri menyediakan 15,000 bakul  makanan untuk agihan melalui PKOB dengan nilai berjumlah RM2.89 juta serta tambahan RM50 ribu bagi setiap PKOB sebagai persediaan untuk keperluan khas lain seperti lampin dan susu bayi serta bekalan khas selain makanan.