Home Berita PAS Wilayah

Pimpinan PAS Wangsa Maju sahut saranan vaksinasi

89
SHARE

WANGSA MAJU, 14 Jun – Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Wangsa Maju hari ini menyahut saranan kerajaan untuk mengambil vaksin bagi mencegah Covid-19 selepas ‘frontliners’ kesihatan, keselamatan dan lain-lain.

Menurut Ketua Penerangan PAS Wangsa Maju, Fadzil Mohamad, jika benar vaksin berisiko, biarlah pemimpin mengambilnya terlebih dahulu.

“Ia dapat mengelakkan spekulasi bahawa rakyat dijadikan bahan ujikaji dalam program vaksinasi kebangsaan yang sedang berjalan sekarang.

“Jangan timbulkan polemik, beri vaksin kepada ‘frontliners’ dahulu. Selesaikan, dan jika ada lebih, berilah kepada kami orang politik. Vaksin China pun tidak mengapa,” katanya.

Selain itu, Setiausaha PAS Wangsa Maju, Haji Hairul Anuar menyatakan bahawa untuk tujuan vaksinasi ini, saringan kesihatan akan dilakukan sebelum vaksin diberikan untuk memastikan tiada kesan sampingan yang serius berlaku.

“Hari ini saya sudah disuntik dengan vaksin COVID-19, alhamdulillah tidak terasa apa pun, proses yang dilakukan juga berjalan seperti biasanya,” ujarnya.

Turut menerima suntikan vaksin ialah 6 orang ketua PAS cawangan-cawangan, dan beberapa AJK PAS Wangsa Maju.