Home Berita PAS Terengganu

Anak PASTI pelajar cemerlang SPM 2020

34
SHARE

KUALA TERENGGANU – Siapa sangka anak didik PASTI merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2020.

Setiausaha PAS kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, beliau nersyukur kerana ada anak didik lepasan PASTI berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Tahniah, Muhammad Haziq Iqbal bin Marzuki yang berjaya memperoleh 11A (6A+) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 baru-baru ini,” ujarnya dalam laman sosialnya, pada semalam.

Katanya, Haziq menetap di Kampung Teluk Ketapang merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik dan beliau memulakan persekolahan di PASTI Al-Mawaddah, Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang dan meneruskan pengajian di SMKA Dato’ Haji Abas, Tok Jiring.

“Hari ini PAS Cawangan Teluk Ketapang dan Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Teluk Ketapang turut meraikan kejayaannya dengan menyampaikan sedikit sumbangan sebagai penghargaan kepada beliau,” jelasnya.

Justeru itu, Ustaz Zakaria berharap
agar anak didik kelahiran PASTI ini akan terus cemerlang dan menjadi anak solih kebanggaan keluarga dan ummah.