Home Berita PAS Perak

Aid4Palestine : PAS Bukit Gantang Sumbang RM149,521

11
SHARE

Oleh Jaudin M Amin

14 Jun, BUKIT GANTANG : Sebanyak RM149,521 berjaya disumbangkan oleh PAS Kawasan Bukit Gantang untuk Tabung Kecemasan Aid4Palestine yang dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei yang lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata, “Kejayaan ini dicapai hasil usaha gigih semua organisasi di dalam PAS Kawasan Bukit Gantang mulai daripada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Ulama dan Cawangan-cawangan.

“Sebanyak 59 Cawangan telah menjalankan kutipan dari kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS, malah kita turut menerima sumbangan daripada sahabat-sahabat di dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Semalam, PAS Perak telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Aid4Palestine PAS Kawasan dan Dewan-dewan dan ia disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi PAS Perak. Sebanyak RM 1,251,312.55 berjaya dikutip daripada semua organisasi PAS negeri ini.

“Selain rasa simpati kepada saudara seakidah yang menderita di Palestin, kutipan yang memberansangkan itu juga diperolehi hasil daripada semangat beramal dan berkebajikan di bulan Ramadan yang kita lalui baru-baru ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerja keras semua pihak yang terlibat. Walaupun kita turut terkesan dengan penularan virus Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun semangat untuk berkorban dan menyumbang tidak pernah pudar”, katanya.

Dalam pada itu, PAS Kawasan Bukit Gantang telah melancarkan kutipan derma untuk pembesaran Pusat Tarbiah PAS Kawasan di Kampung Bukit Chempedak yang dianggarkan bernilai RM250,000. Sebanyak RM65,000 masih lagi diperlukan untuk menyempurnakan pembesaran Pusat Tarbiah ini.

Kepada yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun PAS Kawasan Bukit Gantang ( BIMB – no. akaun : 08040010042092 ). Maklumat lanjut, boleh berhubung di talian 019-579 7466 (Ustaz Zulkefly Ahmed) atau 011-1314 9644 (Zaharah Teh).