Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Pimpinan PAS Negeri Sembilan ziarah asnaf di Kota, Rembau

948
SHARE

REMBAU, 11 MAC 2018 : Pimpinan PAS Negeri Sembilan telah mengadakan program ziarah asnaf-asnaf di DUN Kota, di sini semalam.

Program ziarah asnaf itu diketuai oleh Bendahari PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Dolah serta AJK PAS Kawasan Rembau, Haji Ishak Omar.

Terdahulu, pimpinan-pimpinan PAS itu telah menyempurnakan solat zohor berjemaah di Masjid Kampung Penajih yang baharu siap pembinaannya, bersama penduduk kampung, di sini.

Menurut Ishak Omar yang juga Pengarah Piliharaya PAS DUN Kota, sebanyak lima buah keluarga telah diziarahi dengan menyampaikan sumbangan barangan dapur dan sedikit wang tunai.

Pimpinan PAS yang bersama dalam ziarah asnaf di Kota turut mendoakan mereka yang sudah uzur dan sakit agar diberi kesembuhan yang diketuai oleh Ustaz Mustafa Dolah.

Ishak Omar berterima kasih kepada pimpinan PAS Negeri Sembilan yang turun padang terutama program menyantuni golongan yang miskin dan kurang mampu dan berharap agar lebih ramai pimpinan PAS yang lain bersama dalam setiap program bersama masyarakat.