Home Artikel PAS Johor

PIMPINAN DAP DIGESA AGAR UTAMAKAN BAHASA MELAYU DALAM URUSAN RASMI.

262 views
SHARE

PIMPINAN DAP DIGESA AGAR UTAMAKAN BAHASA MELAYU DALAM URUSAN RASMI.

Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor menyokong titah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyelar tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP.

“Seharusnya segala urusan atau apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu selaras dengan statusnya sebagai bahasa rasmi negara”kata Pengerusinya ,Normala Sudirman .

“Sepatitnya sebarang urusan surat menyurat yang membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mestilah dalam penggunaan Bahasa Melayu kerana ia menggunakan urusan rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat”.

Baginda bertitah demikian ekoran sikap dan tindakan seorang Ahli Majlis MBIP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog dan ia turut viral dalam laman media sosial.

“Sepatutnya Bahasa Melayu haruslah dihormati dan sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT yang digunapakai sejak dahulu di Johor mestilah menggunakan bahasa rasmi negara tanpa sebarang kompromi berkaitan pemakluman dalam dwibahasa.

“Semoga peristiwa ini tidak akan berulang lagi kerana situasi ini akan menyebabkan Sultan yang merupakan payung bagi negara akan murka”,tegas Normala lagi.