Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Pilihanraya Memberi Kemenangan Kepada Islam

984
SHARE


Sahabat-sahabat seperjuangan,

Penglibatan kita dalam pilihanraya adalah untuk memberikan kemenangan kepada Islam, agar Islam berkuasa dan agar Islam dijadikan dasar dalam semua aspek tadbir urus negara. Ia bukan perjuangan main-main yang hanya dilakukan di saat masa lapang tetapi lapangkanlah masa saudara untuk Islam. Ia menuntut pengorbanan harta dan wang yang kita miliki. Ia tidak disukai oleh sebahagian manusia. Akan ada segelintir yang berilmu agama berusaha memperkecilkan dan mengelirukan masyarakat tentangnya. Namun, sahabat, perjuangan perlu diteruskan.