Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Hantar Calon di DUN Gemas.

1686
SHARE

PAS HANTAR CALON DI DUN GEMAS

SEREMBAN : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini mengumumkan kerusi baru yang akan dipertandingkan di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan iaitu di DUN Gemas.

Perkara ini telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Haji Mustaffa Daharun dalam ucapan beliau sempena ceramah perdana Jelajah Presiden PAS ke Negeri Sembilan, malam ini, di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, dekat sini.

Calon yang akan mewakili PAS di DUN Gemas ialah Mejar Bersara Abdul Halim bin Abu Bakar. Beliau merupakan anak jati FELDA Pasir Besar, Gemas dan merupakan bekas anggota Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).

Sebelum ini, Mejar Abdul Halim telah diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Tampin semasa majlis pengisytiharan calon pada 19 April.

Dengan pengumuman ini, bermakna PAS Negeri Sembilan akan bertanding di 27 DUN dan 8 Parlimen.
.
#NegeriSembilanSejahtera