Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

PH Terdesak Hadapi Tsunami Hijau

1,551 views
SHARE

PH TERDESAK HADAPI TSUNAMI HIJAU

1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP), meyakini Pakatan Harapan (PH) sedang terdesak (desperate) untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Islam yang telah beralih dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS menjelang hari mengundi.

2. Dianggarkan peratus peralihan pengundi-pengundi Islam tersebut dari BN kepada PAS adalah 7%. Mereka adalah pengundi-pengundi Islam atas pagar yang mesra BN semasa PRU 13, iaitu 13% daripada keseluruhan pengundi-pengundi Islam.

3. Dengan peralihan golongan pengundi kategori ini, PAS dan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) dianggarkan meraih secara purata 52% sokongan pengundi-pengundi Islam berbanding BN memperolehi 39% dan PH memperolehi hanya 9%.

4. Komposisi sokongan pengundi-pengundi Islam seperti ini memungkinkan PH kehilangan kerusi-kerusi yang mereka tandingi di 149 kerusi parlimen yang bermajoriti pengundi-pengundi Islam lebih 50% dari keseluruhan pengundi di kawasan tersebut.

5. PPP melihat situasi ini telah menimbulkan suasana panik dalam kalangan pasukan strategis PH, justeru mereka mulai mengeluarkan dapatan-dapatan analisis yang bertujuan untuk membina ‘psikologi menang’ melalui proksi-proksi penyelidikan PH.

6. Selain daripada itu, situasi terdesak ini menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa merubah strategi, iaitu dengan memperakui jasa-jasa besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

8 Mei 2018
22 Sha’ban 1439