Home Artikel PAS Kedah

PASTI Kedah-Ingat Anak PASTI,Ingat PAS

113 views
SHARE

1-Esok 9 Mei 2018 merupakan hari sangat penting dan bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia iaitu hari pembuangan undi bagi memilih kerajaan baharu untuk menerajui kepimpinan di negeri dan negara kita.

2-Sempena PRU14 Kali ini juga pihak PASTI telah memberikan cuti dua hari untuk memudahkan urusan mengundi kepada semua pihak terutama kepada para guru PASTI dan para waris.

3-PRU14 kali ini juga sangat bermakna buat warga PASTI Kedah apabila terdapat 3 orang Calon PAS dari jawatankuasa PASTI Kedah iaitu Timbalan Pengarah PASTI Kedah Sdr Aminur Syafiq (Parlimen Alor Star), Timbalan Pengarah PASTI Kedah Ustaz Saiful Syazwan Shafie (Dun Sungai Tiang) dan Cikgu PASTI Nur Hidayah Foo Abdullah (Dun Sidam)

4-Sehubungan itu saya selaku Pengarah PASTI Kedah dan juga sebagai mewakili jawatankuasa PASTI Kedah serta mewakili para Guru PASTI Kedah mengucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada ibu bapa sempena pilihanraya umum ke -14 dan menyeru agar seluruh ibu bapa pelajar PASTI Negeri Kedah memberikan undi dan sokongan kepada PAS supaya kecermelangan pendidikan yang telah dibuktikan oleh PAS melalui PASTI selama ini dapat melonjak ke tahap yang lebih maju dengan kemenangan PAS pada pilihanraya umum kali ini.

5-Doakan agar PAS dapat menerajui semula kerajaan Negeri Kedah dan dapat mentadbir Malaysia.

“Ingat Anak Kita PASTI, Ingat PAS”

Sejahtera Bersama Islam

Ustaz Nurul Amin Bin Hamid
Pengarah PASTI Kedah
8 Mei 2018