Home Kenyataan Media PAS Kedah

PH Lembik, G25 Melampau : Elak Kebebasan yang Terbabas

450
SHARE

KENYATAAN RASMI PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH

PH LEMBIK, G25 MELAMPAU: ELAK KEBEBASAN YANG TERBABAS

1. PAS Kedah merasa terpanggil untuk menyatakan kekesalan terhadap sikap lunak Kerajaan PH yang membiarkan G25 mengeluarkan kenyataan yang menyentuh perkara agama Islam dalam negara ini.

2. G25 merupakan kumpulan bekas penjawat awam yang sejak mutakhir dilihat galak mengeluarkan kenyataan liberal provokatif seperti kebebasan agama, ikut suka peribadi dan hak individu mencabar institusi beragama.

3. Terbaharu mereka menyuarakan lagi mengenai hak murtad terhadap penganut Islam yang dihalang, bagi mereka, perkara halangan ini bercanggah dengan Perlembagaan negara mengenai kebasan beragama.

4. PAS Kedah ingin menarik perhatian semua bahawa benar Islam adalah agama rasmi negara ini namun tiada paksaan untuk menganut Islam.

5. Tetapi, kami ingin menegaskan, apabila sudah berada di dalam Islam, seseorang itu tidak boleh sesuka hati untuk keluar dan menukar agama seperti mudahnya menukar pakaian.

6. PAS Kedah menyifatkan sikap “lembik” PH terhadap G25 ini seperti membiarkan api kecil mula membakar dan akhirnya akan menjadi lebih besar.

7. Kami berharap PH segera menangani G25 ini dengan kuasa yang ada sebelum api tersebut menjadi marak dan besar membakar perasaan hati umat Islam yang majoriti dalam negara ini.

8. Peringatkan mereka dengan tindakan segera bahawa elak mengapi-apikan hak kebebasan berfikir, bersuara dan bertindak yang terbabas. Manusia dilahirkan bebas tetapi ada batasnya.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

Ustaz Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah
17 Jamadil Awwal 1441 H / 13 Januari 2020