Home SKIMPAS

Aplikasi sistem SkimPAS sasar 200,000 pencarum

66
SHARE

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat telah mengadakan Bengkel Perunding SkimPAS yang diwakili 53 perunding dari seluruh negeri pada program yang dilangsungkan di Hotel Adamson, di sini kelmarin.

Bengkel ini bertujuan memperkenalkan kepada Perunding SkimPAS Kawasan kepada Aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat Pencarum SkimPAS yang lebih mudah untuk digunakan dan boleh diakses menggunakan telefon pintar.

Penerangan mengenai sistem berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai IT PAS Pusat, Dr Ishak Ibrahim yang dipertanggungjawab untuk membangunkannya, selain para perunding didedahkan kepada sasaran untuk dicapai.

Pada majlis ini, pihak Lajnah telah meletakkan sasaran untuk mencapai 200,000 pencarum SkimPAS menjelang tahun 2025 yang dibentang dan diperjelaskan strategi bagi mencapai sasaran tersebut bagi pelaksanaannya.

Penerangan khusus mengenainya disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SkimPAS, Abdul Razak Mohamed yang juga merupakan Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Menurut beliau, sekiranya sasaran ini dapat dicapai, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan memperolehi dana yang cukup besar bagi menjaga kebajikan ahli di semua peringkat.

Ia akan meliputisemua aspek seperti sara hidup, pendidikan anak-anak, ditimpa musibah dan sebagainya, sekali gus menyeru semua ahli memberikan sokongan kepada SkimPAS dengan menyertai dan membantu mempromosikannya.

Sistem baru ini akan dilancarkan Timbalan Presiden PS Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man semasa Konvensyen Kebajikan Nasional 2020 yang akan diadakan di Dewan Seri Kasih, Bandar Tun Hussein Onn pada 9 Februari 2020.

Sebagai kesinambungan dari pogram ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat juga telah merangka pogram Jelajah Skimpas 2020 sebagai salah satu strategi bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

SkimPAS mula diperkenalkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat pada tahun 2014 dengan tiga objektif utama iaitu menjaga kebajikan ahli; menjana dana kebajikan dan sebagai mekanisma kempen penambahan ahli baru. – HARAKAHDAILY 13/1/2020