Home Berita PAS Negeri Sembilan

Petugas di DUN Machap rai Hari Wanita bersama pengundi

118
SHARE

Oleh : TOK MOK

SIMPANG RENGGAM, 10 Mac : Petugas PAS di N26, Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap
mengadakan sambutan Hari Wanita terutamanya bagi meraikan pengundi-pengundi wanita, di sini semalam.

Acara sambutan meraikan Hari Wanita itu di buat dengan menghadiahkan pengundi wanita yang ditemui di sekitar bandar Simpang Renggam dengan sekuntum bunga dan sepotong kek setiap seorang.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1, Kamarol Redzuan Mohd Zain, mewakili PAS Negeri Sembilan, iaitu pemimpin PAS yang bersama meraikan wanita sempena menyambut perayaan Hari Wanita bagi menghargai pengorbanan golongan wanita.

Katanya, “Program yang kita laksanakan ini boleh menarik minat masyarakat terutamanya pengundi wanita, serta dapat menyentuh hati dan mereka terasa dihargai.”

Program sebelah petang pula turut menerima kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Halimah Ali bagi mewakili Muslimat PAS Pusat yang turut diiringi oleh Yang DiPertua PAS Port Dickson, Ustaz Abdul Fatah Zakaria.

Bilik Operasi DUN Machap yang bertempat di Pusat Aduan Rakyat Kampung Shari, Simpang Renggam, Johor itu turut menempatkan petugas dari Negeri Sembilan dan Pahang untuk membantu calon terutama gerakerja meraih undi di situ.

Pilihanraya Negeri Johor di DUN Machap, memperlihatkan pertandingan empat penjuru antara Bersatu, Barisan Nasional, MUDA dan calon Perikatan Nasional, Ustaz Azlisham Azahar yang mewakili parti PAS.