Home Berita PAS Pahang

PAS Indera Mahkota berkampung di DUN Machap

151
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 8 Mac :: PAS Kawasan Indera Mahkota telah berkampung di DUN Machap sejak tiga hari lalu dan akan berada di sana sehingga hari pembuangan undi bagi memenangkan Perikatan Nasional di PRN Johor.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu yang berada di sana ketika ini, memberikan sokongan kepada calon-calon dan jentera PAS dalam pilihanraya negeri kali ini khususnya dalam Parlimen Simpang Renggam.

“PAS bawa mesej perpaduan dan kesejahteraan rakyat dalam PRN Johor.

“Senario politik semasa mungkin sudah sedikit berubah, namun PAS kekal dengan prinsip yang sama iaitu perpaduan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi agenda yang diutamakan,” kata Andansura.

Menurut beliau lagi, PAS telah membuktikan pentadbiran yang bersih, berkemampuan dan berintegriti seperti ditunjukkan di negeri-negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Sayugia, masyarakat Johor dapat memberikan peluang dan kepercayaan kepada Perikatan Nasional yang dianggotai PAS untuk mentadbir negeri.

Katanya lagi, PAS telah meletakkan calon di 15 kerusi dalam pilihanraya negeri kali ini melalui gabungan Perikatan Nasional dan berharap agar PRN Johor pada 12 Mac ini akan berlangsung dengan lancar dan aman serta membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Johor.

Antara aktiviti beliau sepanjang berada di sana adalah mengambil peluang menziarahi dan bertemu dengan orang-orang lama dalam kalangan masyarakat setempat.