Home Artikel PAS Wilayah

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Bersama Anak Muda Kg.Baru 

119 views
SHARE

Oleh : MUIZZUDDIN HAMID

KG. BARU, 15 April – Bahang Jelajah Hijau 3.0 terus berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat di Kg. Baru. Program kali ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa dalam Jelajah Hijau Anak Muda Zon Kg. Baru, Parlimen Titiwangsa.

Turut bersama menyertai Jelajah Hijau ini bersama adalah Pesuruhjaya (PJ) PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Noor bin Mohamad.

Pelepasan ‘Flag Off’ oleh PJ kepada peserta konvoi dilakukan di Pasti Al Fateh Kg. Baru. Dalam jelajah ini di setiap perhentian yang disediakan, peserta konvoi beserta PJ akan menyantuni masyarakat dan mengedar sisipan Malaysia Sejahtera kepada masyarakat setempat.

Haji Mohamad Noor menyifatkan aktiviti sebegini adalah aktiviti yang sangat menarik dan perlu kerap dianjurkan.

“Program sebegini dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan dan mendekatkan Pas sebagai parti kebajikan.” ujar beliau.

Semangat yang kuat terus ditunjukkan oleh peserta konvoi jelajah dan menarik penyertaan pemuda seluruh peringkat.