Home Artikel PAS Wilayah

Ramah Mesra Bersama Masyarakat Dato’ Keramat

107 views
SHARE

Oleh : MUIZZUDDIN HAMID

KUALA LUMPUR, 15 April – Edaran sisipan Malaysia Sejahtera yang dilakukan di Pasar Dato’ Keramat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat tempatan.

Petugas tempatan turut membantu mengedarkan sisipan di kawasan gerai makan, pasar basah dan pasar kering.

Respon positif para pengunjung, peniaga dan masyarakat terhadap PAS adalah sangat positif dan mencerminkan sokongan agar perubahan dilakukan di Parlimen Titiwangsa.

Tabung Dana PRU14 Zon Keramat juga turut dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Rata-rata pengunjung yang ditemui mengharapkan perubahan wakil rakyat dilakukan memandangkan wakil BN tidak melakukan tindakan yang menyebelahi rakyat dan masyarakat warga kota.

Pilihan raya adalah medan terbaik bagi warga Titiwangsa meluahkan isi hati mereka dengan memilih calon Pas.