Home Berita PAS Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor sampaikan “oxygen concentrator” di Hospital Klang – PJ PAS Selangor

8
SHARE

May be an image of 5 people and people standing

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Klang | Melihat perkembangan semasa kes Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor dan keadaan hospital yang meruncing perkhidmatannya, Yayasan Amal Malaysia dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) hadir menghulurkan bantuan.

Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga merupakan penggerak utama Yayasan Amal Malaysia Negeri Selangor mengambil sama tanggungjawab menyampaikan sumbangan membantu keperluan beberapa peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit.

Sumbangan disampaikan dalam bentuk 12 buah “oxygen concentrator” dan beberapa keperluan lain kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Terima kasih kepada Pengarah Hospital HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi yang sudi menerima sumbangan bagi pihak hospital. Turut bersama Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Jabatan Amal, NGO-NGO penggerak kebajikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor