Home Berita PAS Selangor

5 keluarga India Kota Raja disantuni – Ketua DHPP Kota Raja

3
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Cikgu Rajan Manikesavan

Kota Raja | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja terus menggerakkan aktiviti kebajikan bagi penduduk di sini.

Ketua DHPP Kota Raja Cikgu Rajan turun padang pagi tadi untuk menyampaikan sumbangan bagi 5 keluarga dikalangan kaum India yang terkesan akibat PKPD di Lorang Samarinda iaitu Taman Mesra di Klang, Selangor. Kami perolehi maklumat dari AJK Persatuan Penduduk.

Akibat 5 keluarga di sini hilang punca pendapatan dan 2 keluarga diberhentikan kerja akibat pandemik dan mereka bekerja mengambil gaji harian, dan 3 keluarga merupakan pemandu van sekolah mereka juga turut terjejas dalam musim pandemik sejak tahun lalu akibat COVID 19.

DHPP Kota Raja mengalu-alukan jika ada maklumat kesusahan masyarakat yang ingin dibantu boleh disalurkan kepada kami.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor