Home Berita PAS Perak

Pesuruhjaya PAS Perak menang pencalonan YDP tanpa bertanding

333
SHARE

Oleh Mohd Syamil Azhar

LENGGONG, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria, walaupun tinggal jauh dari kawasannya, namun tetap disayangi ahli-ahli bawahannya apabila sekali lagi diberikan kemenangan tanpa bertanding sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS.

Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak memenangi jawatan itu sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lenggong Kali Ke-18 yang diadakan di Resort Tasik Raban dekat sini semalam.

Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan dan Naib YDP yang kedua-dua jawatan itu disandang Ustaz Mohd Hanafiah Idris dan Mohamad Jamil Yahaya.

Selain ketiga-tiga jawatan itu, 16 Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja bagi Sesi 2021 – 2023 juga menang tanpa bertanding, di mana 90 peratus daripadanya terdiri daripada penyandang-penyandang sesi lalu.

Sementara itu, dalam Mesyuarat Dewan Pemuda PAS (DPP) Lenggong yang diadakan pada minggu lalu, Ustaz Muhammad Rifa’at Razman, juga dipilih mengetuai sayap pemuda parti di peringkat kawasan tanpa bertanding.

Muhammad Luqman Mohd Khairi dan Ustaz Mohd Azzam Sharipuddin masing-masing dipilih sebagai Timbalan dan Naib Ketua DPP Lenggong yang baru menggantikan kedua-dua penyandang sesi lalu yang telah melebihi umur.

Dalam mesyuarat agung pada hari sama minggu lalu, Dewan Muslimat PAS (DMP) kawasan telah mendapat ketua baru, Salmiah Abdul Razak, berikutan pengunduran penyandang lalu, Ustazah Fauziah Musa.

Timbalan dan Naib, masing-masing disandang Asma Abdul Hamid dan Ustazah Zainab Ahmad.

Mesyuarat semalam yang diadakan mengikut SOP ditetapkan dimulai sesi menonton video ucapan perasmian serentak oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berlangsung dengan lancar dalam tempoh dua jam.