Home Berita PAS Perlis

PAS Padang Besar dapat ketua baharu

122
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 18 Okt: PAS Kawasan Padang Besar mendapat ketua baharu apabila Saad Seman dilantik selaku YDP kawasan tersebut bagi sesi 2021 – 2023.

Beliau mendapat undian terbanyak mengatasi seorang lagi calon iaitu Kamis Yob.

Mesyuarat agung tahunan yang berlangsung di Kompleks Tarbiyah Bukit Kerang (KOMTAR) itu juga menyaksikan dua penyandang jawatan berjaya mengekalkan kedudukan mereka.

Mereka ialah Ustaz Muhammad Azmir Azizan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan dan Ezzudin Hassan (NYDP).

Seramai 90 orang perwakilan hadir pada mesyuarat tersebut.